Ibu tujuh anak tertekan bakal diusir, suami pula sibuk dengan isteri baru

Ibu tujuh anak tertekan bakal diusir, suami pula sibuk dengan isteri baru

Ibu yang disahkan sebagai pesakit mental berada dalam dilema apabila dia serta tujuh anak bakal diusir dari rumah sewa mereka kerana tunggakan sewa sejak Oktober tahun lalu.

Beban itu terpaksa ditanggung wanita berkenaan sendirian kerana suaminya dikhabarkan jarang pulang ke rumah kerana mempunyai isteri lain.



Prihatin dengan nasib menimpa wanita itu, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor mengambil tindakan segera dengan menyerahkan sumbangan tunai.

“Tuan rumah tidak lagi dapat berikan tempoh kerana sewa rumah tertunggak sejak Oktober tahun lalu sehingga mengheret tuan rumah dengan masalah kewangan kerana perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan itu.

“Ibu ini adalah pesakit mental dan bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri untuk mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal.

“Wanita itu memiliki tujuh anak dengan yang sulung berusia 14 tahun dan bongsu berusia empat tahun berada di bawah tanggungannya,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Lembaga Zakat Selangor, hari ini.



Menurutnya, suami wanita itu tidak kerap pulang ke rumah kerana sudah berkahwin lain serta menguruskan keluarga baru.

“Hal ini juga menyebabkan tekanan kepada isteri semakin bertambah sehinggakan anak yang sulung turut menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan dan perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosi.

“Selain sumbangan tunai, bantuan lain akan disusuli selepas ini oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, jiran juga amat membantu dan sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus,” katanya.

Katanya, hasil perbincangan bersama tuan rumah, dia bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya untuk wanita itu serta anak-anaknya.



“Tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan oleh Zakat Selangor.

“Kes ini juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan buat mereka.

“Poligami ada kaedah dan prosedurnya. Berlaku adil dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak,” katanya. HM

Ibu tujuh anak tertekan bakal diusir, suami pula sibuk dengan isteri baru



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker