Sejam selepas dihantar ibu bapa pulang ke kampus, pelajar ke tanah perkuburan mereka pula

Sejam selepas dihantar ibu bapa pulang ke kampus, pelajar ke tanah perkuburan mereka pula

KEMAMAN: “Mulanya saya sangka keluarga hanya kemalangan kecil, namun luluh hati sebaik dimaklumkan kedua-kedua insan kesayangan meninggal dunia,” kata Faris Najmi Arbain berhubung nahas mengorbankan ibu bapanya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Cheneh, petang semalam.

Ibu bapa pelajar itu, Rosmayati Bakar, 48, dan Arbain Baharudin, 47, yang juga guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, yang dinaiki bersama tiga lagi adik-beradiknya terbabas di Kilometer 274 LPT2 jam 4 petang.

Bagaimanapun, tiga adik-beradiknya, Farah Najwa, 20; Faiqa Nabila, 10 dan Fatin Najla, 12; cedera dan dirawat di Hospital Kemaman.

Faris Najmi, 19, berkata ketika terbabit dalam kejadian itu, keluarganya dalam perjalanan ke rumah ibu saudara mereka di Kerteh.

“Sebelum itu, mereka semua menghantar saya ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kira-kira pukul 2.30 petang.

“Kira-kira sejam kemudian, seorang adik beradik saya yang berada dalam kereta itu memaklumkan mereka terbabit kemalangan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mulanya, saya sangka mereka hanya mendapat kemalangan kecil,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan Kerteh, hari ini.

Faris Najmi berkata, luluh hatinya apabila bapa saudara yang datang menjemputnya di POLISAS kemudian memaklumkan ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan itu.

“Saya percaya, ibu dan ayah mungkin kepenatan dan tidak sempat rehat selepas menghantar saya, mereka terus menyambung perjalanan ke Kerteh.

“Biarpun sedih, namun saya perlu reda dengan apa yang telah ditakdirkan Allah. Saya bersyukur kakak serta dua adik saya hanya cedera ringan,” katanya

Sementara itu, Rozeta Bakar, 47, yang juga adik kepada Rosmayati, berkata arwah ada memaklumkan hasrat untuk bermalam di rumahnya dekat Kerteh sempena cuti Thaipusam.

“Dia beritahu nak tidur semalaman di sini kerana di Kuala Lumpur cuti sehingga Isnin. Bila tahu mereka sekeluarga nak datang, saya sediakan nasi dan lauk pauk untuk mereka.

“Pada jam 3.15 petang, Rosmayati ada menghubungi saya bertanya adakah osaya menyediakan makanan untuk mereka,” katanya.

Katanya, dia sangat sedih kerana tidak sampai satu jam selepas menerima panggilan yang memaklumkan kakak dan abang iparnya itu terbabit dan meninggal dalam kemalangan itu.

“Selain tiga anak mangsa yang cedera dalam kemalangan itu, arwah meninggalkan ada lagi tiga anak iaitu Faris Najmi dan kembarnya, Faris Najdi, 19, serta Fitri Naim, 17.

“Saya bersama adik beradik yang lain akan berbincang selepas ini untuk menjaga kesemua anak arwah,” katanya.

Jenazah pasangan itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, kira-kira pukul 12.30 tengah hari. BH

Sejam selepas dihantar ibu bapa pulang ke kampus, pelajar ke tanah perkuburan mereka pula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker