Resolusi isu kalimah Allah dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

Sultan

 

PUTRAJAYA: Satu resolusi berkaitan isu kalimah Allah berjaya dicapai melalui Munaqasyah Khas Isu-Isu Semasa Mufti-Mufti Seluruh Malaysia dan Alim Ulama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun, resolusi berkenaan akan disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau menjelaskan, ia merupakan satu kelaziman bagi isu-isu hal ehwal Islam di Malaysia terutamanya di peringkat nasional.

“Saya mengucapkan sekalung penghargaan atas komitmen dan kesungguhan para Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan para alim ulama yang dijemput bagi menyampaikan buah fikiran masing-masing.

“Insya-Allah, setelah menerima titah perkenan daripada Majlis Raja-Raja, resolusi tersebut akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Dong Zong rakus, resolusi penting diri, tak peka keadaan semasa

Zulkifli mengadakan satu pertemuan khas dengan para mufti seluruh negara bagi mengeluarkan satu resolusi muktamad berhubung isu penggunaan kalimah Allah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaannya oleh penganut Kristian.

Pertemuan itu turut melibatkan pakar undang-undang yang berlangsung di sini, hari ini.

Zulkifli pada masa sama menyeru umat Islam untuk terus bersatu hati bagi memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dengan ilmu, iman dan amal.

Katanya, keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi teras pembangunan negara yang kita cintai bersama.

Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu memutuskan bahawa penganut agama Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agama atau penerbitan buku agama mereka.

Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negara ini juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan mereka.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.

Kurangkan cukai pendapatan, tambah bantuan perniagaan, gesa Pemuda MCA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker