Lobi Jawatan MB Johor: “Biar UMNO Menang PRN Dulu” – Hasni

Lobi Jawatan MB Johor: “Biar UMNO Menang PRN Dulu” – Hasni

UMNO perlu memberi tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu sebelum membangkitkan mengenai pelantikan Menteri Besar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pelantikan jawatan tersebut juga adalah berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, yang menetapkan bahawa pelantikan Menteri Besar tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.



“Itu adalah jelas di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan saya rasa itu perlu kita hormati.

“Sebagai kaedah pelantikan, syarat-syarat pelantikan semua terkandung dalam Undang-Undang Tubuh (negeri).

“Saya rasa kita nak menang pilihan raya dulu baru kita boleh cerita jawatan Menteri Besar atau Exco kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan walkabout di sekitar Benut, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi sedang ‘melobi’ bagi jawatan Menteri Besar Johor.

Wan Saiful dalam kemas kini di laman Facebook mendakwa Mohd Puad telah beberapa minggu giat melobi untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Hasni sekiranya UMNO menang.



Bagaimanapun, Mohd Puad seperti dilapor Free Malaysia Today menafikan dakwaan berkenaan.

Bahkan, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit itu juga tidak berminat dengan sebaran jawatan termasuk Exco.

Mengulas mengenai ketetapan parti yang telah memutuskannya sebagai calon Menteri Besar, Hasni menegaskan, beliau juga perlu memenangi kerusi DUN Benut pada PRN Johor, 12 Mac ini.

“Ya (dicalonkan sebagai Menteri Besar) tetapi saya kena menang dulu walaupun saya sudah diputuskan,” ujarnya lagi.



Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan Hasni, yang juga Pengerusi BN Johor akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.-AA

Lobi Jawatan MB Johor: “Biar UMNO Menang PRN Dulu” – Hasni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker