Disangka binatang buruan, lelaki tertembak sepupu hingga maut

Disangka binatang buruan, lelaki tertembak sepupu hingga maut

Seorang lelaki tertembak anak sepupunya yang disangka binatang buruan ketika memburu di kawasan Hutan Simpan Bukit Pelanduk, Machang, pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek pada 9.50 pagi memaklumkan tertembak anak sepupu menggunakan senapang patah buatan sendiri.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Machang ke satu lokasi di belakang Pejabat Perhutanan Bukit Batu Tapong, Machang.

“Kami menemui mayat lelaki berusia 26 tahun dan selaras senapang patah buatan sendiri serta sebiji kelongsong peluru penabur dan empat biji peluru penabur.

“Polis turut merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 2 pagi apabila suspek berusia 39 tahun itu dikatakan melepaskan tembakan kerana menyangka mangsa binatang buruan.



“Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan kejadian dengan bantuan orang kampung dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk siasatan lanjut,” katanya. FMT



Disangka binatang buruan, lelaki tertembak sepupu hingga maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker