Sujud syukur di mahkamah, bebas tuduhan amang seksual

Sujud syukur di mahkamah, bebas tuduhan amang seksual

Seorang aktivis politik sujud syukur di hadapan pintu kamar Mahkamah Sesyen Seremban di sini, tadi, selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan dan anak tirinya pada 2018 dan 2019.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap terhadap tertuduh berusia 39 tahun.

“Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 bagi kedua-dua kes.



“Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri bagi kedua-dua pertuduhan sebelum ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu berusia 16 tahun dan anaknya yang berusia enam tahun ketika kejadian.

Kesalahan dilakukan pada tahun 2018 dan 2019 di sebuah rumah di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.

Justeru, tertuduh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.



Sementara itu, tertuduh yang juga ahli perniagaan meluahkan rasa syukur atas keputusan itu kerana mengalami tekanan yang teruk akibat dituduh atas kesalahan yang tidak dilakukan.

“Pada tahun pertama, saya berdepan kesan psikologi yang teruk kerana fitnah ini memberi kesan buruk kepada saya sehingga hilang pekerjaan dan bisnes bertambah teruk.

“Terima kasih kepada keluarga dan peguam yang berhempas pulas memperjuangkan kes saya. Hari ini hakim membuat keputusan adil serta berpihak kepada saya,” katanya ketika ditemui di luar kamar mahkamah.

Dia diwakili peguam Datuk Hanif Hassan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.



Tertuduh memaklumkan dia sudah bercerai dengan bekas isterinya yang juga pengadu dalam kes itu pada 2018 dan kini sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain. HM

Sujud syukur di mahkamah, bebas tuduhan amang seksual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker