Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ
Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak cemburu dengan pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu.
Ia susulan kenyataan Tunku Ismail sebelum ini yang mempertikai kos pembinaan stadium berkenaan yang membabitkan kos lebih RM700 juta.
Tunku Ismail sebaliknya menjelaskan bahawa beliau musykil dengan kos pembinaan itu yang dianggap terlalu murah sedangkan ia membabitkan penggunaan kelengkapan berteknologi canggih.
Menerusi kenyataan di Instagram Story miliknya, hari ini, beliau membandingkan kos pembinaan Singapore Sports Hub yang didakwa menelan belanja sebanyak RM4.2 bilion pada 2014 dan berkeluasan 35 hektar.
Malah, Tunku Ismail juga menunjukkan bahawa kos penyelenggaran Singapore Sports Hub amat tinggi iaitu sebanyak RM219 juta setahun.
“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan penyelenggaraan setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.
“Ini adalah kos Singapore Sports Hub untuk saiz 35 hektar, bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar. Kalau SNBJ (Stadium Nasional, Bukit Jalil) pun kerajaan ‘negara’ terkial-kial nak menyelenggara, apatah lagi kerajaan negeri.
“Dengan nama Allah saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,” tulisnya.
Sebelum ini, Tunku Ismail menganggap kos lebih RM700 juta untuk pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik sambil menyifatkan projek itu sepatutnya menelan belanja sekurang-kurangnya RM2 bilion. BH
Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ
Baca Artikel Menarik:
- Khairy pertimbang gandingan dengan Rafizi dan Nurul Izzah
- Mahathir dan Muhyiddin diheret ke mahkamah
- Aksi gelek ghairah di Kangar, MPKPs batal acara hiburan karnival
- 9 ‘longkai’ dicekup polis
- Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki
- Zuraida kembali ke PN?
- Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat
- Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
- Polis tembak mati menteri
- PH sukar pertahan Selangor
- Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ
- Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’
- Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)
Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.