Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang seterusnya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.

“Lelaki ini (Shahril) sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO seterusnya. Tetapi dia digantung kerja tanpa proses yang sewajarnya. Tanpa faedah,” katanya dalam siaran di Instagramnya pada Ahad.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsikan gambar beliau swafoto bersama Shahril dalam hantaran yang sama.

Selain Shahril, turut digantung untuk tempoh sama ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

UMNO pada Jumaat turut memecat Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker