Pecat, gantung pemimpin, Umno berdepan tugas besar urus persepsi

Pecat, gantung pemimpin, Umno berdepan tugas besar urus persepsi

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata Umno berdepan tanggungjawab besar mengurus persepsi akar umbi parti dan rakyat kesan daripada keputusan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpinnya.

Katanya, secara peribadi, beliau berpandangan ramai ‘terkejut’ dan ‘sedih’ dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam tadi.



“Sudah tentu kena urus peringkat ahli parti dan peringkat rakyat secara umum. Saya rasa ini satu tanggungjawab yang besar untuk pucuk pimpinan melihat pada persepsi dan apa yang berlaku di bawah.

“Di peringkat negeri Johor, saya ingin menekankan fokus membangunkan negeri Johor dengan semangat perpaduan Bangsa Johor. Kita nak jadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030,” lapor Astro Awani.

Pada 20 Nov, Onn antara pemimpin awal menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) yang mencatat prestasi terburuk, pada pada PRU15.

“Dengan penuh rasa hormat dan takzim, saya mohon supaya Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden dengan kadar segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak lakukan pada 2018,” katanya dalam kenyataan.



Malam tadi, MKT bertindak memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.

Selain itu, MKT juga menggantung keahlian bekas naib presidennya, Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif, dan pemipin Umno Tebrau, Maulizan Bujang.

MKT juga bertindak memecat lima ahli Umno Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang serta 26 ahli Umno dari Pahang.

Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan membantu parti lawan ketika PRU15. FMT



Pecat, gantung pemimpin, Umno berdepan tugas besar urus persepsi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker