Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail

Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail

Amanah Kedah menyelar tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa terus memainkan isu-isu perkauman.

Pengerusinya Ismail Salleh berkata menerusi video ucapan Sanusi yang tular di media sosial pemimpin PAS itu mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mempunyai agenda tersembunyi apabila mahu membawa konsep pembangunan perumahan dari Singapura.

Katanya, Sanusi cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya menteri KPKT itu mahu membawa agenda pilihan raya kerajaan tempatan dari Singapura apabila mahu tiru pembangunan perumahan negara jiran itu.

“Sanusi juga cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya KPKT sedang melaksanakan agenda Silk Road dari negara China.

“Ada beberapa isu yang tidak menyenangkan saya dan saya percaya rakyat Malaysia juga tidak senang dengan pendekatan politik perkauman PAS ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Merujuk video terbabit Sanusi dalam ucapannya antara lain mendakwa DAP mahu melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi menguasai kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu dakwanya, Pakatan Harapan juga mahu merealisasikan agenda ‘the new Silk Road’ yang menjadi dasar kerajaan China.

Sementara itu Ismail berkata langkah kerajaan meniru pembangunan perumahan yang dilaksanakan oleh Housing Development Board (HDB) Singapura adalah suatu tindakan yang sangat baik untuk meningkatkan kualiti perumahan di Malaysia.

Jelasnya, kualiti perumahan rakyat yang dibuat oleh Singapura melalui HDB sangat tinggi berbanding dengan Malaysia.

“Apa salahnya kita belajar kebaikan yang dibuat oleh Singapura. Rasulullah sendiri berkata ‘tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China’

“Takkan kerana kita nak tiru perumahan di Singapura maka kita akan bawa semua perkara dari Singapura.

“Ini pemikiran cetek dan berniat jahat Sanusi yang sengaja mahu mengapikan semangat perkauman yang negatif untuk menjaga kepentingan politik PAS,” tegasnya anggota dewan undangan negeri (Adun) Pengkalan Kundor.

Tambahnya Sanusi juga mendakwa kononya kerajaan PAS kedah menyekat agenda ‘Silk Road’ tetapi sebaliknya mereka bekerjasama dengan syarikat dari China.

Malah katanya, Sanusi juga menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat dari China iaitu Xiamen Tungsten Co Ltd untuk projek perlombongan berunsur nadir bumi (REE) di Sik.

“Inilah yang saya katakan, Sanusi dan PAS ini tidak ‘move on’ lagi. Ketika Tuanku Sultan Kedah nasihat agar berbuat baik dengan kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat, dia masih lagi duk main isu perkauman.

“Kalau betul tak apa juga, tetapi hanya khayalan Sanusi semata-mata,” kata Ismail. Mk

Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker