Laluan pagar automatik di KLIA

Laluan pagar automatik di KLIA

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan segera penggunaan laluan pagar automatik kepada pelawat dari 10 buah negara yang berisiko rendah bagi mengatasi kesesakan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan menggerakkan dua kumpulan Quick Response Team (QRT) bermula 1 Februari ini bagi membantu pegawai-pegawai di kaunter ketika waktu puncak.

Beliau berkata, dua langkah itu bertujuan mengatasi isu pelawat asing beratur panjang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak beberapa minggu lalu.

“Siasatan mendapati isu berkenaan berpunca daripada ketibaan pesawat secara serentak sekitar 20 hingga 26 buah dalam jarak masa antara 5 hingga 10 minit ketika waktu puncak.

“Selain itu, pemeriksaan mengikut prosedur bagi memastikan pelancong asing tulen yang memenuhi syarat Pas Lawatan Sosial sahaja dibenarkan masuk turut dikaitkan sebagai faktor kesesakan ini berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, langkah segera itu diputuskan hasil mesyuarat antara pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama JIM semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mendakwa pelancong asing yang masuk melalui KLIA terpaksa beratur selama dua jam bagi melepasi prosedur pemeriksaan imigresen.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata, isu berkenaan perlu diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelak imej Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tercalar.

Sementara itu, bagi mengatasi isu kesesakan di pejabat pengeluar pasport di seluruh negara, Saifuddin berkata, pihaknya akan menambah baik sistem temujanji secara online, menambah mesin pencetak passport dan melanjutkan waktu operasi pejabat pengeluar pasport.

Menurutnya, bermula esok, 20 Pejabat Pengeluar Pasport di seluruh negara selain Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu.

“Selain itu, Pejabat Pasport KLIA turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes segera dan kecemasan selain daripada permohonan biasa,” katanya. K Online

Laluan pagar automatik di KLIA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker