Majlis Ulama Umno tumpu angkat martabat Islam, bukan politik – Dusuki

Majlis Ulama Umno tumpu angkat martabat Islam, bukan politik – Dusuki

Majlis Ulama Umno (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam dan bukan bertujuan untuk mewujudkan kembali sebarang gabungan politik, kata Pengerusinya Dusuki Ahmad.

Beliau berkata, penubuhan majlis berkenaan akan fokuskan kepada pencarian penyelesaian kemaslahatan yang membelenggu umat Islam dan negara Islam.

“Kita akan lebih berperanan untuk memikul tanggungjawab sosial ke arah untuk menyelesaikan masalah islam, masalah umat Islam dan masalah negara Islam.

“Selama ini dilihat golongan agama agak dipinggirkan, jadi sekarang kita mahu mengukuhkan kerjasama dan penyatuan dari segi itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Tertinggi MUU, kali pertama di Menara Dato Onn hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan sama ada MUU akan berperanan untuk mewujudkan kembali gabungan politik antara Umno dan parti lain seperti Muafakat Nasional terdahulu.

Setiausaha Eksekutif MUU Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata mesyuarat itu pada hari ini juga telah meluluskan 30 Mercu Tanda MUU Fasa Permulaan bagi tahun 2023 hingga 2024, melibatkan perancangan strategik jangka masa pendek dan panjang untuk memberikan impak kepada parti serta rakyat.

Tiga daripada Mercu Tanda berkenaan ialah penganjuran Program Halaqah yang akan menjadi program tetap pentarbiahan ahli parti; sidang Muzakarah Meja Bulat MUU; dan menyemarakkan peranan Pusat Islam Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Perincian mercu tanda yang lain akan dimaklumkan kepada ahli parti dan umum dari semasa ke semasa,” katanya.
Selain itu, mesyuarat itu turut menggariskan empat peranan utama penubuhan majlis berkenaan, meliputi peranannya untuk menasihati parti bagi merealisasikan asas dan tujuan Umno seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Parti berkenaan, membabitkan agama Islam.

“Kedua, mendidik dan mentarbiah ahli parti supaya selaras dengan asas dan tujuan parti seterusnya beristiqamah dengan Islam, agar menjadi Muslim bertaqwa serta warganegara yang baik.

“Ketiga, majlis ini juga akan memainkan peranannya menasihati kerajaan agar sentiasa bertindak selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.

“Keempat, menangani isu semasa melibatkan kepentingan umat Islam di dalam dan luar negara, serta membimbing umat untuk sentiasa istiqamah dengan Islam dan menjadi warganegara yang baik,” katanya. FMT

Majlis Ulama Umno tumpu angkat martabat Islam, bukan politik – Dusuki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker