Pembinaan perumahan ATM, Satu Anggota Satu Rumah

Pembinaan perumahan ATM, Satu Anggota Satu Rumah

Kementerian Pertahanan (Mindef) yakin pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun tergendala sebanyak enam peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) pada Mac 2021, pembinaan projek perumahan itu kini sudah berjalan sebanyak 21 peratus.

“Pembinaan projek tergendala seketika ekoran pelaksanaan PKP selain terdapat masalah kekurangan pekerja dan pengumpulan bahan-bahan binaan.



“Bagaimanapun, sekarang kita telah melihat bahawa kerja-kerja pembinaan telahpun berjalan sepenuhnya dan turut mendapat kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menambah waktu kerja iaitu selama tiga jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar semasa melakukan tinjauan di tapak pembinaan perumahan SASaR di Sungai Besi, di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya turut berpuas hati melihat perkembangan pembinaan perumahan terbabit sekali gus dapat memastikan pihak MINDEF dan ATM dapat menjayakan apa yang disasarkan dalam kertas putih Pertahanan Negara iaitu berkaitan perumahan dan kebajikan anggota-anggota ARM dan anggota awam MINDEF.

“Selain dari itu, saya juga diberi penerangan secara ringkas satu lagi projek iaitu projek SASAR juga yang telah pun mendapat kelulusan jemaah Menteri pada tahun 2021 iaitu untuk membina konsep yang sama untuk membina rumah anggota di Kem Wardieburn, Setapak.



“Di Kem Sungai Besi ini terdapat tiga jenis rumah. Harga jualan juga memang amat menarik iaitu 1,000 kaki persegi dijual pada harga RM150,000, 1,200 kaki pula dijual dengan RM199,000,” ujarnya.

Katanya, subsidi atau harga itu adalah 50 peratus lebih murah dari harga pasaran yang mana turut selari dengan usaha MINDEF dan ATM dalam memastikan dasar mereka dapat dijayakan.

Terdahulu, projek SASaR Sungai Besi atau Residensi Sateria itu telah bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Projek berkenaan melibatkan pembinaan lima buah blok kediaman meliputi 3,500 unit kediaman bagi tiga kategori berbeza mengikut saiz kediaman.



Selain itu, projek SASaR ATM itu juga merupakan salah satu daripada agenda teras Kementerian bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup warganya yang merangkumi anggota tentera, warga awam Mindef dan veteran ATM. K Online

Pembinaan perumahan ATM, Satu Anggota Satu Rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker