Hanya 2.6 peratus pencarum KWSP mampu bersara selesa

Hanya 2.6 peratus pencarum KWSP mampu bersara selesa

Kira-kira 97 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa di bandar utama.

Menurut data terkini KWSP, hanya sebilangan kecil, iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras kecukupan simpanan atau paras ideal itu.



Anggaran simpanan persaraan ideal RM600,000 itu dikeluarkan oleh KWSP bagi membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, iaitu kira-kira RM2,500 sebulan.

Jumlah itu juga sejajar dengan jangkaan tempoh purata jangka hayat di negara ini yang sudah mencecah 80 tahun.

Ketika ini, jumlah ahli KWSP di bawah usia 55 tahun ialah kira-kira 13.1 juta, sementara jumlah keseluruhan ahli adalah 15.7 juta.

KWSP melancarkan ‘Belanjawanku: Panduan Perbelanjaan Untuk Individu dan Keluarga Di Malaysia’ pada 2019 sebagai panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan yang diperlukan setiap isi rumah di Lembah Klang bagi mencapai taraf hidup yang baik.



Ia juga menyediakan panduan menyeluruh, termasuk peruntukan untuk keperluan asas, pembabitan sosial, simpanan yang disyorkan, pembayaran balik pinjaman dan keperluan kecemasan.

Panduan itu dihasilkan dengan kerjasama KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

Pencarum aktif 8.4 juta

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata paras RM600,000 dilihat sebagai paras ideal bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur bagi membiayai kehidupan selepas bersara.



Beliau berkata, bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang seperti di Alor Setar, jumlah simpanan persaraan ideal ialah kira-kira RM500,000.

“Berdasarkan angka kami, kalau bersara atas duit simpanan persaraan, paras ideal ialah RM600,000,” katanya kepada BH ketika diminta mengulas mengenai jumlah simpanan ideal untuk bersara di Malaysia.

Mengenai paras gaji pencarum KWSP ketika ini, Nurhisham berkata, berdasarkan perangkaan dalaman KWSP, gaji penengah pencarum yang aktif pada masa ini dilihat sudah meningkat berbanding paras sebelum COVID-19.

Nurhisham berkata, gaji penengah ahli KWSP yang aktif kini berada pada paras RM2,300, berbanding RM2,200 sebelum pandemik.



Katanya, ketika ini jumlah pencarum KWSP yang aktif adalah sekitar 8.4 juta, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah pengurus dana pencen itu.

“Jumlah ahli yang mencarum secara sukarela juga telah meningkat kepada 398,000 pada 2022 berbanding 197,000 sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Nurhisham berkata, pendaftaran majikan baharu juga telah meningkat sebanyak 30 peratus kepada 94,000 pada 2022 berbanding 72,000 sebelum ini.

Beliau berkata, pembukaan semula ekonomi dan kembalinya keyakinan untuk menjalankan perniagaan adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendaftaran majikan baharu. BH



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker