Gantung atau pecat, UMNO akan tentukan untung nasib KJ petang ini

Khairy Jamaluddin, yang lantang mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, akan mengetahui nasibnya pada petang ini.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan dilaporkan mengesahkan perkara itu semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur lebih awal.

“Petang ini,” katanya ringkasnya kepada wartawan apabila ditanya mengenai status keahlian bekas menteri kesihatan itu di dalam Umno.



Khairy baru-baru ini memuji tindakan dua ahli Umno yang telah memfailkan laporan terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung usul tambahan dua jawatan teratas parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang

Antara lain, Khairy menyifatkan keputusan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu sebagai “kegilaan” dan menyekat demokrasi dalam Umno.

Menantu bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi itu mendakwa dia terpaksa melepaskan kerusi Rembau sebelum ini di Negeri Sembilan kepada Mohamad Hasan.

Semasa tempoh kempen, Khairy cuba menjarakkan diri daripada Zahid, yang berdepan dengan kes rasuah.



“Saya tak mahu berhenti di Sungai Buloh semata-mata kerana bertanding di sini cabaran terbesar dalam kerjaya politik saya. Nak menang di sini bukan mudah, tetapi kalau saya menang, saya nak bawa kita semua, bukan sekarang tetapi mungkin lima atau 10 tahun akan datang untuk menerajui pimpinan negara.

“Saya juga mahu bawa perubahan kepada parti saya (Umno) dan mahu Umno dilihat semula sebagai wadah mulia untuk masyarakat Melayu. Sekarang ini ramai jumpa dan maklumkan saya, bukan mereka tak suka Umno tetapi kurang berkenan dengan beberapa (individu) dalam Umno.

“Media janganlah pula lagakan saya dengan Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) tetapi ini kenyataan dan realitinya. Saya dan rakan lain mahu kembalikan Umno sebagai wadah Melayu yang mulia, bersih, berubah dan memiliki pemimpin bagus dan mampu diberi kepercayaan seperti suatu ketika dahulu,” katanya.

Kenyataan Khairy itu menimbulkan kemarahan pihak yang sehaluan dengan Zahid, seperti Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi.



Khairy merancang untuk bertanding jawatan presiden Umno. Pada pemilihan parti 2018, dia menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru dengan Zahid dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran



Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker