Waraskah guna bekas pegawai, Puad soal Khairy

Waraskah guna bekas pegawai, Puad soal Khairy

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoalkan dua ahli parti itu yang merujuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkait isu usul tambahan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau tidak pasti sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau ahli terbabit hanya dipergunakan oleh pemimpin atas.

Puad secara sinis memberi pujian diberikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka.

“KJ puji dua ahli UMNO yang buat aduan ke RoS sebagai berani dan waras. Ia berkaitan usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua.

“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. Itu baru berani namanya.

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?” soalnya.

Semalam, Khairy memuji tindakan beberapa ahli parti merujuk isu satu usul yang diluluskan baru-baru ini ke ROS.

Malah, bekas menteri kesihatan itu juga menganggap mereka yang membuat laporan berkenaan sebagai ahli UMNO yang menjadi berani dan waras.

Menurut Khairy, beliau yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya susulan aduan yang dikemukakan.

Terdahulu, Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dilaporkan menghantar notis bantahan kepada ROS.

Notis bantahan itu dibuat kedua-dua mereka selepas beranggapan usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Pada 13 Januari lalu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin, mengemukakan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bagi membolehkan jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang. MG

Waraskah guna bekas pegawai, Puad soal Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker