Impian Malaysia berkecai!

MALAYSIA terlepas peluang untuk mara ke suku akhir setelah dikecewakan Sepanyol 3-4 dalam aksi crossover menerusi penentuan shoot-out di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar perlawanan untuk mengheret permainan ke penentuan shoot-out yang juga terikat 3-3.

Penentuan sudden death tidak memihak skuad Malaysian Tigers apabila Firhan Ashari gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mario Garin selepas Marc Miralles berjaya menyudahkannya dengan baik buat Sepanyol.



Menerusi kemenangan itu, Sepanyol akan membuat perhitungan dengan Australia pada aksi suku akhir.

Skuad negara pula akan kembali ke Rourkela untuk aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16.

Kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan berhati-hati bagi mencari rentak permainan.

Sepanyol yang dibimbing Max Caldas pantas memperoleh corak permainan mereka apabila mendominasi suku pertama permainan.



Mereka yang menduduki ranking kelapan dunia juga berpeluang di depan, namun dua pukulan sudut penalti gagal menemui sasaran.

Malaysia yang menghuni ranking kesembilan banyak bertahan, cuba melakukan serangan balas, namun mudah dipatahkan oleh Sepanyol.

Bersambung suku kedua, Sepanyol yang dibarisi ramai pemain muda dilihat selesa mengawal permainan untuk memburu gol pendahuluan.

Namun skuad bimbingan Arul Selvaraj ampuh bertahan dengan Hafizuddin Othman menafikan beberapa cubaan pemain lawan.



Malaysian Tigers yang tenang mengawal permainan cuba masuk ke kawasan Sepanyol, namun belum menemui sasaran ke arah gawang lawan.

Keghairahan Sepanyol mengasak kawasan Malaysia pada suku ketiga membawa padah, apabila dihukum dengan gol pertama Malaysian Tigers.

Skuad negara yang membuat serangan balas pantas akhirnya menemui sentuhan menerusi penyerang sensasi Faizal Saari apabila meledak menerusi gol padang pada minit ke-35.

Sepanyol yang tersentak dengan gol Malaysia menyusun semula gerak dan ianya berhasil apabila dihadiahkan penalti stroke.



Pemain berpengalaman Sepanyol Marc Miralles menyempurnakan peluang itu dengan baik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Gol itu menyuntik semangat mereka apabila menambah jaringan berselang seminit menerusi gol padang Xavier Gispert.

Memasuki minit pertama suku keempat Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan, namun jaringan Amirul Azahar dibatalkan oleh pengadil.

Ia susulan gerakan yang dimulakan oleh Faizal berlaku kesilapan back stick.



Situasi itu tidak melemahkan semangat Malaysian Tigers apabila Shello Silverius mengambil kesempatan keadaan kelam kabut di depan gawang Sepanyol untuk meledak gol penyamaan pada minit ke-49.

Menuju penghujung perlawanan pemain skuad negara berkampung di kawasan sendiri dengan Sepanyol meraih tiga pukulan sudut penanti.

Namun benteng negara yang dikemudi Hafizuddin ampuh bertahan dan keputusan kekal 2-2 untuk mengheret aksi ke penentuan shoot-out.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker