Puluhan ribu peluang kerja bakal wujud hasil pelaburan Tesla, SpaceX – Anwar

Puluhan ribu peluang kerja bakal wujud hasil pelaburan Tesla, SpaceX – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggarkan puluhan ribu peluang pekerjaan mahir bakal diwujudkan menerusi kerjasama dengan jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat (AS), Elon Musk.

Kata Perdana Menteri, kerjasama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX yang juga CEO Tesla Inc itu, antara lain bakal merancakkan lagi sektor kenderaan elektrik (EV) di negara ini.



Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata unjuran itu bakal direalisasikan menerusi pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di Cyberjaya serta kerjasama di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar yakin kerjasama dengan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink pula bakal memperhebat akses dan ketersambungan internet, sekali gus memberi peluang penduduk luar bandar mengakses kemudahan berkenaan.

“Starlink (perkhidmatan satelit) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah, universiti untuk mendapat akses internet dengan cara yang murah. Walaupun 40 (satelit) disediakan awal, beliau beri pengakuan untuk memberi keutamaan kepada Malaysia.

“Bagi SpaceX pula, tiga syarikat Malaysia akan terbabit dalam projek ini,” katanya sambil menambah, Musk turut memaklumkan akan mengadakan kunjungan ke Malaysia dalam masa terdekat.



Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Khairiyah di Taman Seri Gombak. dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan secara maya dengan Elon untuk membincangkan pelbagai pelaburan syarikat milik usahawan berkenaan di Malaysia. Pertemuan maya itu bermula jam 9.30 pagi tadi dan berlangsung kira-kira 25 minit. BH

Puluhan ribu peluang kerja bakal wujud hasil pelaburan Tesla, SpaceX – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker