Dahulu kerja kilang di KL, kini ‘bos’ kilang pakaian di Kathmandu

Dahulu kerja kilang di KL, kini ‘bos’ kilang pakaian di Kathmandu

Seorang warga Nepal, Krishna Timilsina berjaya mengumpul RM23,000 (700,000 rupee Nepal) selepas bekerja keras selama dua tahun di Malaysia yang digunakannya untuk mengubah kehidupan dengan menjadi pengeksport pakaian berpangkalan di Kathmandu.

Syarikatnya dikenali Thread Garment membekalkan pakaian bukan sahaja ke Qatar dan Dubai tetapi juga Malaysia, tempatnya membanting tulang sebelum ini. Beliau juga kembali menyumbang kepada negaranya apabila menggajikan 850 pekerja.

“Pada 2008 saya mengemas beg dan berhijrah ke luar negara untuk bekerja. Saya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Malaysia, memuatkan kotak penuh dengan sarung tangan pembedahan ke dalam bekas penghantaran.

“Setiap setengah jam saya terpaksa berhenti untuk memerah peluh dari baju saya yang basah. Kemudian saya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat kiriman wang yang kurang membebankan,” kata lelaki berusia 34 tahun itu kepada Nepali Times di Kathmandu.

Berbekalkan modal yang dikumpulnya, Krishna kembali tanah airnya untuk memenuhi impiannya membuka kedai pakaiannya sendiri. Ramai juga menawarkan pinjaman kepadanya bagi mengembangkan perniagaan.

“Perniagaan saya berjaya dan saya membuka enam lagi cawangan di seluruh ibu negara. Apabila saya ke India, Bangladesh dan China untuk mendapatkan pakaian, saya sering tertanya-tanya mengapa kami tidak boleh mengeluarkan sendiri pakaian di Nepal,” katanya.

Krisha memberanikan diri membeli tujuh mesin jahit dan mula membuat pakaian di pangsapurinya. Selepas permintaan meningkat, beliau menambah 60 mesin lagi.

Dia berkata syarikatnya menjadi pembekal pakaian sepenuhnya dengan menghasilkan pakaian lelaki yang dihantar ke kedai seluruh Nepal. Antara produk itu ialah pakaian sukan dan beg tidur.

Di sebalik kejayaannya itu, Krishna tidak pernah dilatih untuk menjalankan perniagaan dan tidak mempunyai ijazah, hanya menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah.

“Tetapi saya tahu bagaimana untuk bertahan. Saya sedang belajar sambil berniaga. Saya percaya bahawa jika saya boleh melakukannya, begitu juga orang lain,” katanya. FMT

Dahulu kerja kilang di KL, kini ‘bos’ kilang pakaian di Kathmandu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker