Mindef sahkan! 18 pesawat tempur FA-50 bernilai RM4.08 bilion bakal lindungi kedaulatan negara

Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan pembelian 18 buah pesawat tempur ringan jenis FA-50 bernilai RM4.08 bilion bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, pembelian itu dibuat menerusi satu perjanjian yang telah dimeterai dengan pihak Korea Aerospace Industries Co. (KAI) pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pembelian itu merupakan satu keperluan semasa dan dilihat lebih bersesuaian bagi aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding tiga lagi jenis pesawat iaitu jet Tejas dari India, JF-17 (Pakistan), MIG-35 (Russia) dan Hurizet (Turki).



“Pada hari Jumaat lalu, kita tandatangan memorandum perjanjian (MoA) pembelian kepada 18 unit FA-50 dari Korea Selatan dan penghantaran paling awal diterima pada 2026.

“Poses perolehan itu bersesuaian juga dengan dasar pertahanan negara kita, juga dengan Kertas Putih Pertahanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Sebelum ini, agensi berita Yonhap dalam kenyataan melaporkan, KAI memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mengeksport 18 pesawat FA-50.

KAI iaitu pengeluar tunggal pesawat dari Korea Selatan memenangi perjanjian bernilai AS$920 juta bersamaan RM4.08 bilion dan proses penghantaran aset tersebut dijangka bermula pada 2026.



Ditanya mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, beliau berkata peruntukan sebanyak RM500 juta dilihat mampu menyelesaikan masalah perumahan dihadapi warga ATM.

“Peruntukan besar ini iaitu RM500 juta berbanding RM90 juta pada sebelum ini dapat digunakan untuk penyelenggaraan rumah warga ATM.

“Saya fikir jumlah itu memang selama ini yang kita tunggu-tunggu kerana penyelenggaraan isu ini bertahun-tahun tidak selesai,” jelasnya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker