Pelajar tahfiz, mekanik maut motosikal bertembung sesama sendiri

PASIR MAS – Seorang mekanik dan pelajar tahfiz maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di Kampung Pangkal Kala, di sini, pada malam Ahad.

Kejadian berlaku pada jam 10.31 malam itu mengorbankan pelajar tingkatan empat, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 17, serta, mekanik, Mohd Aizat Abdul Ghani, 22.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum kejadian, Mohd Aizat menunggang motosikal jenis Honda C70 dari arah Gelang Mas menghala Bunut Susu, manakala Muhammad Amirul Hakim menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian di Jalan Besar Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas, kedua-dua motosikal ini dipercayai bertembung di tengah-tengah laluan berdasarkan serpihan komponen motosikal yang berada di atas jalan.

“Akibat daripada pertembungan itu, kedua-dua mangsa terjatuh di tengah-tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Keadaan motosikal ditunggang pelajar tahfiz, Muhammad Amirul Hakim yang rosak teruk selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian kedua-dua penunggang motosikal yang menunggang dalam keadaan laju di lokasi kemalangan yang gelap dan lurus.

“Mereka mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kemalangan berkenaan disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker