Neymar ‘paling gagal’ dalam sejarah bola sepak

Neymar ‘paling gagal’ dalam sejarah bola sepak

Neymar dilabelkan sebagai “pemain paling gagal dalam sejarah bola sepak” oleh wartawan Perancis.

Ia hadir selepas bintang Brazil itu gagal menyekat kelab Perancis berkenaan daripada kekalahan kedua dalam Ligue 1 pada 2023 kelmarin.



Neymar dan rakan sepasukan tewas 1-0 di Rennes dan kini hanya tiga mata di atas pasukan tangga kedua, Lens yang menewaskan mereka pada tahun baharu.

Tonggak Brazil itu masih belum menemui gawang dalam tiga aksi sejak kembali daripada Piala Dunia dan sekali lagi buntu di Roazhon Park.

Namun penyerang berusia 30 tahun itu masih pemain yang bagus di PSG sejak berpindah dari Barcelona pada 2017.

Neymar sudah menang 12 trofi ketika berada di Parc des Princes dan terbabit dalam 188 gol membabitkan 167 perlawanan sejak berpindah dari Nou Camp.



Bagaimanapun wartawan, Daniel Riolo masih mengecam bintang Brazil itu.

Bercakap menerusi program After Foot di RMC dia berkata: “Dia hanya ada setengah musim kerana bersedia untuk Piala Dunia, dia hanya berlatih.

“Di sana, ia berakhir. Dia bermula hanya kerana Galtier, revolusioner hebat yang meletakkannya di padang.

“Sedarkah kita bahawa Neymar, dalam aspek pembelian dan gaji, adalah pemain paling gagal dalam sejarah bola sepak?



“Saya tidak dapat memikirkan pemain lebih gagal berbanding harganya, ia mengecewakan.” BH

Neymar ‘paling gagal’ dalam sejarah bola sepak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker