RoS jadi penentu samada keputusan PAU ikut Perlembagaan UMNO atau tidak

KEPUTUSAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Sabtu meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang menimbulkan 1,001 persoalan dan spekulasi.

Ini kerana ramai ahli dan pemimpin UMNO sendiri masih keliru sama ada usul berkenaan sah mengikut perlembagaan parti atau tidak.

‘Team A’ diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan usul berkenaan sah dan mengikut perlembagaan parti.

Dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan usul itu bukanlah usul haram seperti didakwa.

Sebaliknya, kaedah ia dibawa dibolehkan sepertimana Perkara 20 Peraturan Persidangan UMNO yang berkaitan dengan pindaan usul.

Bagaimana pun, ‘Team B’ pula mendakwa keputusan PAU tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan UMNO yang menetapkan semua jawatan wajib dipertandingkan dalam pemilihan parti, setiap tiga tahun sekali.

Malah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu menegaskan, keputusan PAU meluluskan usul itu sebagai suatu pendirian yang membimbangkan.

Fasal 8.1 Perlembagaan UMNO mengatakan PAU adalah kuasa tertinggi dalam menentukan perjalanan parti, namun ia tertakluk kepada perlembagaan parti.

Perlembagaan UMNO juga menyebut, mana-mana bahagian yang ingin membawa sesuatu usul hendaklah menyerahkan notis dalam masa 14 hari, manakala tujuh hari sekiranya dibawa oleh Ahli Majlis Tertinggi (MKT).

Sebaliknya usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar hanya dikemukakan pada Jumaat selepas ucapan dasar Presiden.

“Usul cuma semalam (Sabtu) dibawa dan masukkan terus. Walaupun ada sebut pindaan (terhadap usul asal), pindaan kalau di bawah fasal 20.3 pun, mengatakan jika ada pindaan ke atas usul sama, kalau nak perbetulkan dari perkataan dan ayat, memang boleh, tapi bukan ditambah, itu pun ada pandangan berbeza.

“Ada yang kata kalau pengerusi benarkan, pun boleh. Ada kata tak boleh, sebab tertakluk kepada notis apa yang boleh dipinda, bukan ditambah macam itu saja,” kata Ismail Sabri.

TUMPUAN KINI KEPADA RoS

Mengambil kira perkara itu, beliau menegaskan, ahli akar umbi dan pemimpin yang tidak jelas dan mahu mendapatkan kepastian dari sudut perundangan mengenai usul tambahan itu, boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Dalam perlembagaan, dari segi memilih jawatan, ia hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali atau pun penangguhan seterusnya yang dilaksana di peringkat bahagian.

“Itu dalam perlembagaan (yang mana) apabila disebut pemilihan hendaklah dipilih. (Maknanya) jawatan seperti pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli MKT hendaklah dipilih tiga tahun sekali atau (dibuat) penangguhan di peringkat bahagian,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, pula berpandangan, PAU boleh membuat keputusan, namun kedudukan Ahmad Zahid dan Mohamad atau Tok Mat boleh dicabar pada pemilihan nanti kerana keputusan yang dibuat tidak mengikut perlembagaan parti.

“Keputusan PAU berkenaan tidak boleh menghalang mana-mana individu daripada mencabar Zahid dan Tok Mat. Malah, jika ada pihak menghantar borang pencalonan, parti kena terima kerana Perlembagaan UMNO menetapkan semua jawatan wajib dipertandingkan.

“Oleh itu, saya rasa RoS akan mengarahkan UMNO supaya membenarkan dua jawatan utama dipertandingkan kerana ia selari dengan Perlembagaan UMNO,” katanya.

Berikutan itu, Mohamad Khir menegaskan MKT perlu meneliti secara mendalam impak baik dan buruk keputusan PAU 2022 kepada masa depan parti itu.

SAH SEBAB PAU BADAN TERTINGGI

Pun begitu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpandangan, keputusan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi UMNO adalah sah kerana PAU adalah badan tertinggi dalam parti berkenaan.

Ini kerana majoriti perwakilan PAU sudah membuat keputusan bahawa dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Malah, selepas berlaku krisis UMNO pada tahun 1987 pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pun katanya, dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan.

 

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

 

“UMNO menetapkan syarat siapa nak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden wajib mempunyai pencalonan mencukupi dan mustahil untuk dicapai calon lain.

“Pas juga jarang membuka pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden kerana bimbang akan berlaku perpecahan dalam parti. Sebagai contoh Pas mengalami perpecahan teruk sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) selepas bekas Naib Presiden, Ahmad Awang mencabar Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk merebut jawatan Presiden Pas, pada tahun 2015.

“Sebab itulah Pas jarang membuka gelanggang pertandingan untuk merebut dua jawatan tertinggi parti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pertandingan merebut semua jawatan dalam parti adalah amalan baik untuk menyuburkan demokrasi namun ia mungkin menyebabkan perpecahan dan krisis dalaman.

“Saya melihat dalam konteks hari ini, hanya orang luar mahu Ahmad Zahid dan Tok Mat ditukarkan bukan pemimpin dan akar umbi parti. Jika mereka mahu Zahid berundur, mereka tidak akan mengemukakan usul supaya dua jawatan penting dalam UMNO tidak dipertandingkan dalam PAU, Sabtu lalu,” katanya.

RoS BELUM ADA MAKLUMAT LENGKAP

RoS ketika ini masih belum menerima maklumat lengkap berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul dua jawatan utama parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

“Saya tiada maklumat lengkap untuk komen buat masa ini,” ujar Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad ringkas ketika dihubungi Sinar Premium pada Ahad.

PAU 2022 yang menutup tirai pada Sabtu meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden pada sesi pemilihan akan datang yang dijangka dilaksanakan sebelum 19 Mei ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker