Fadillah nafi terlibat Pelaburan Patuh Syariah

Fadillah nafi terlibat Pelaburan Patuh Syariah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan terlibat dalam Pelaburan Patuh Syariah yang menggunapakai gambarnya dan dikongsikan di media sosial.

”Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak terlibat dengan pelaburan berkenaan dan saya tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambar saya.

”Saya telah mengarahkan Pegawai Khas saya di Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, poster palsu sama pernah disebarkan melalui perkongsian di media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

”Laporan polis juga pernah dibuat oleh pegawai saya pada 3 September 2022 mengenai penyebaran poster berkenaan di media sosial,” ujarnya. MG

Fadillah nafi terlibat Pelaburan Patuh Syariah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker