Ira Kazar dan keluarga didakwa melanggar perintah injunksi

Ira Kazar dan keluarga didakwa melanggar perintah injunksi

Datuk Akberdin Abdul Kader, iaitu peguam syarie mewakili Puteri Sarah Liyana mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan melanggar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Jun lalu.

Akberdin berkata, selain isteri kedua Syamsul Yusof itu, bapa Ira, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi dan seorang lagi anaknya, iaitu kakak Ira, Yasmin Kazar didakwa melanggar perintah injunksi berkenaan.



“Perintah injunksi yang dikeluarkan itu menghalang tiga individu terbabit meluah atau menyebar sebarang bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform membabitkan Puteri Sarah.

“Kami akan mulakan prosiding mahkamah terhadap Ira, Kazar dan kakaknya yang secara terang-terangan melanggar perintah injunksi kekal sehingga sekarang.

“Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan.

“Ini perlanggaran paling dasyat di mana pihak di sana sepatutnya tidak boleh mengganggu defendan sama sekali sehingga kes selesai.



“Ini tidak, mereka terus pergi ke luar negara dan bernikah tanpa izin mahkamah yang jelas perbuatan itu bercanggah perintah injunksi,” katanya selepas prosiding memfailkan perceraian plaintif, iaitu Puteri Sarah terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Permohonan cerai itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akberdin menjelaskan semua urusan tuntutan cerai plaintif lancar.

“Urusan lancar… Kita sudah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah Syariah sudah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac ini.



“Sebelum itu, kita akan serahkan saman kepada defendan, Syamsul di mana dia perlu hadir pada tarikh berkenaan. Ini adalah tindakan pertama kami,” katanya.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi, anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikul Islam yang berumur lima tahun dan Summayah, tiga tahun. BH



Ira Kazar dan keluarga didakwa melanggar perintah injunksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker