Polis siasat anggota benar orang awam pegang senjata api

Polis siasat anggota benar orang awam pegang senjata api

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat tindakan seorang anggota Balai Polis Taman Johor Jaya di sini, yang dipercayai membenarkan seorang rakannya yang juga orang awam memegang senjata api ketika bertugas semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2.43 pagi Rabu, menerusi ciapan gambar di Twitter yang dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama @evvok.



Beliau berkata, gambar itu memaparkan seorang individu berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok dengan seorang lelaki awam sedang memegang senjata jenis HK-MP5.

“Hasil siasatan mendapati anggota berpakaian seragam tersebut bertugas di Balai Polis Taman Johor Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan gambar itu diambil di hadapan balai tersebut oleh seorang lagi lelaki awam yang juga rakannya.

“Ketika gambar diambil, anggota terbabit sedang bertugas di pos pengawal dan ketiga-tiga mereka berusia 25 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tujuan gambar itu diambil adalah sebagai kenangan antara mereka namun ia dipercayai telah dimuat naik di media sosial oleh seorang daripada rakan anggota itu.



Mohd Sohaimi menegaskan tindakan anggota terbabit membenarkan orang awam memegang senjata api ketika bertugas adalah satu kesalahan dan melanggar tata kelakuan.

Katanya, kes itu sedang disiasat lanjut oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) IPD Seri Alam dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. MG

Polis siasat anggota benar orang awam pegang senjata api

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker