Bom tangan yang tidak meletup dikeluarkan dari dada askar Ukraine

Bom tangan yang tidak meletup dikeluarkan dari dada askar Ukraine

KYIV – Seorang askar bernasib baik kerana masih hidup selepas bom tangan hidup tersangkut pada dadanya semasa pertempuran berdarah di Bakhmut, Ukraine dan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pakar bedah Ukraine, Mejar Jeneral Andrii Verba terpaksa melakukan pembedahan kerana bom tangan itu boleh meletup pada bila-bila masa.



“Doktor tentera kami melakukan operasi untuk mengeluarkan bom tangan VOG yang tidak meletup dari badan seorang anggota tentera,” kata gabenor wilayah Serhii Borzov dalam hantaran di Facebook pada malam Isnin.

Gambar sebelum dan selepas pembedahan yang dikongsi di laman Facebook perkhidmatan perubatan angkatan tentera Ukraine menunjukkan bahan letupan itu berada dekat dengan jantung dan seorang lagi pakar bedah yang memegang peranti berdarah.

Peranti itu ialah bom tangan VOG – sebutir peluru sepanjang 4 sentimeter yang dilepaskan daripada pelancar bom tangan dan boleh bergerak sekitar 400 meter dan direka untuk meletup tepat di atas tanah.

Bom tangan VOG dilepaskan daripada pelancar bom tangan yang dipasang pada senapang.



Pembedahan ini dilakukan bersama dua askar lain kerana ancaman letupan.

Elektrokoagulasi — pembedahan yang menggunakan haba untuk mengawal pendarahan dan memusnahkan tisu abnormal tidak dapat dijalankan kerana ia mungkin mencetuskan letupan.

Bagaimanapun, Dr Verba berjaya melakukan pembedahan dan mengeluarkan bom tangan itu, kata Borzov. MG

Bom tangan yang tidak meletup dikeluarkan dari dada askar Ukraine



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker