Laungan UMNO Tuntut Najib Diberi Perbicaraan Yang Adil Berkumandang Di PWTC

Oleh Norzahira

KETIADAAN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kali ini sedikit terubat dengan laungan menuntut agar beliau diberikan perbicaraan yang adil.

Warga UMNO berhimpun pada kali ini setelah melalui perhitungan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 yang lalu.



Faktor Bossku, Datuk Seri Najib menjadi antara penyumbang utama, kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional selepas PRU15. Ketika itu, suara kita satu sahaja iaitu mewakili UMNO dan Barisan Nasional.

Malah terdapat sekelompok kecil di kalangan pemimpin UMNO terus menadakan suara mempertikaikan Najib apabila fenomena Bossku melanda negara. Mereka mengulang-ulang isu mahkamah beliau, walaupun kita tahu, ia adalah pendakwan politik dan terpilih.

Ironi, terdapat segelintir pemimpin dalaman UMNO sendiri cuba menonjolkan diri dengan menafikan faktor kebangkitan semula UMNO ketika itu memandangkan Najib merupakan pencetus utama.

Andainya Peguam Negara mendakwa Hakim Nazlan seperti yang disyorkan dalam kertas siasatan SPRM yang tular, maka hukuman yang disabitkan oleh Hakim Nazlan ke atas Najib boleh diisytiharkan tidak sah.



Perbicaraan perlu berjalan semula dan dihakimi oleh seorang hakim yang adil. Insyaallah dengan ini, Najib boleh bebas semula dan kembali berjuang untuk rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker