Jenna Ortega, si genit paling berpengaruh
Jenna Ortega, si genit paling berpengaruh
KETIKA ini, pelakon Jenna Ortega adalah selebriti paling berpengaruh di dunia.
Gadis genit ini ternyata menikmati kemuncak kerjayanya yang berlaku sekelip mata sejak penghujung tahun lalu.
Penangan siri Wednesday terbitan Netflix, Ortega atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega, 21, terus digilai puluhan juta manusia.
Namanya berulang kali didendang netizen. Disebabkan drama itu dan khususnya Ortega, ia mencetus impak besar dalam pelbagai lapangan, baik perfileman, fesyen, tarian dan banyak lagi.
Peminat seakan belum puas mengikuti kisahnya.
Paling membanjiri media sosial adalah tarian ikonik Wednesday yang kini ditarikan jutaan orang dengan pelbagai versi tersendiri.
Tarian pelik namun unik itu turut diadaptasi ke bidang profesional seperti sukan luncur ais.
Ortega sendiri tidak menyangka tarian itu akan menjadi tular secara luar biasa. Apapun, dia seronok apabila usahanya bersengkang mata untuk mereka tarian itu sangat berbaloi akhirnya.
“Saya masih tidak percaya. Beberapa gerakan tarian itu memang saya rancang dan sebahagian daripadanya dibuat secara spontan. Itu adalah antara babak bikin ‘pecah otak’.
“Saya sanggup tidak tidur berfikir mengenainya. Ini kerana saya rasa banyak perkara mampu saya lakukan dan sepatutnya perlu dibuat lebih baik,” katanya dalam satu temubual, baru-baru ini.
Perhatian demi perhatian diraihnya masih sulit untuk dihadam Ortega.
Demikian juga tarian ikonik tularnya itu, baginya penghargaan dicurahkan ramai terhadapnya sungguh besar dan masih umpama mimpi.
Apatah lagi dilabel sebagai seorang fenomena, baginya pujian terbabit memang satu gelaran yang terlalu besar.
Dia masih rasa dirinya belum layak untuk dianggap fenomena.
“Saya tidak mungkin memanggil diri saya dengan gelaran itu. Bagaimanapun, saya memang merasakan berlaku perubahan dalam hidup dan rasa ia masih asing untuk diterima. Justeru, saya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan terbabit,” katanya.
Masih remaja dan berada dalam kategori remaja alaf baharu, Ortega bagaimanapun ‘menjauhi’ media sosial ketika ini. Bukan tolak teknologi, tapi demi ketenangan minda serta jiwanya.
Menurutnya, dia berusaha untuk tidak membelek atau menghindar diri terus daripada membaca tindak balas netizen terhadap Wednesday.
Dia akui baik TikTok sekali pun, bukan tempat terbaik untuk dijengahnya.
“Tak mahu, saya enggan bermain TikTok. Saya memang tak boleh buat apa saja jenis perkara sebegitu di sana. Saya rasa memang ada baik dan buruk, cuma kemungkinan besar bukan tempat ‘sihat’ untuk dijengah,” katanya.
Fenomena Wednesday diteruskan lagi
Tidak perlu membuatkan peminat tertunggu lama, terbaru Netflix mengesahkan bahawa musim baharu Wednesday memang akan ada.
Justeru, kini ramai tidak sabar sebaik pengumuman itu.
Ortega sendiri memang sangat teruja dan lega fenomena drama terbabit dapat disambung lagi.
Katanya, kejayaan drama itu sememangnya hasil kerja-keras dan sokongan pelbagai pihak.
“Terima kasih kepada sesiapa juga yang menjadikan musim akan datang itu kenyataan. Saya masih merasakan semua ini seperti di awang-awangan,” katanya ringkas dalam sebuah ciapan di Twitter.
Walaupun belum ada sebarang butiran lanjut dikongsi, namun pastinya pencipta program itu Alfred Gough dan Miles Millar sangat gembira dengan sambutan luar biasa terhadap Wednesday.
“Sangat menakjubkan apabila dapat mencipta sebuah rancangan yang mampu hubungkan setiap orang di seluruh dunia. Kami teruja untuk teruskan perjalanan Wednesday bagi musim kedua.
“Kami tidak sabar untuk terjun lebih dalam dan meneroka sisi gila-gila dan seram di dunia Nevermore. Kami cuma perlu pastikan Wednesday kena keringkan kolam itu terlebih dahulu,” kata mereka.
Selepas ditayangkan bermula 22 November lalu, Wednesday menjadi satu daripada program paling berjaya di Netflix.
Ia berada di tangga kedua rancangan TV Inggeris Paling Popular dengan jumlah tontonan 1.3 bilion dalam tempoh 28 hari.
Berkisar sebuah sekolah dinamakan Nevermore Academy untuk golongan terpencil, kehadiran Wednesday ke situ mencetus impak luar biasa. Banyak rahsia mula tersingkap dan menjadikan sekolah itu lebih ‘hidup’.
Menariknya, kisah remaja pelik, misteri dan unik itu membawa pelbagai mesej dan teladan. Baik dalam hal kekeluargaan, persahabatan, keyakinan diri, selain aspek teknikal seperti fesyen mengarut namun ada kelasnya jadi pertaruhan. HM
Jenna Ortega, si genit paling berpengaruh
Baca Artikel Menarik:
- Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar – KJ
- Shopee tegas tamatkan khidmat rider ‘melucah’
- Berang duit tak keluar, mesin ATM makan penumbuk di Port Dickson
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin
Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis
You must be logged in to post a comment.