Segera Dapatkan Dos Penggalak Kedua COVID-19, Jangan Tunggu Vaksin Bivalen – KKM
Segera Dapatkan Dos Penggalak Kedua COVID-19, Jangan Tunggu Vaksin Bivalen – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, ini kerana vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.
“KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat, terutamanya daripada golongan yang berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia yang telah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus sahaja yang telah mengambil vaksin dos penggalak kedua.
“Merujuk kepada maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan bagi memberi perlindungan dari mendapat gejala yang teruk akibat jangkitan virus COVID-19 dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital.
“Selain itu, tidak lama lagi vaksin bivalen juga akan dibekalkan kepada Malaysia berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Ubatan baru-baru ini.
“Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada masa sama, jelasnya, dengan pelanjutan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun 2023, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan.
“Ini termasuk mengubah dasar sedia ada terutama penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara (health border measures) serta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di mana-mana pintu masuk negara.
“Ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.
“KKM juga sentiasa bersiap siaga untuk meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya. AA
Segera Dapatkan Dos Penggalak Kedua COVID-19, Jangan Tunggu Vaksin Bivalen – KKM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.