Akhirnya pembuli yang berlagak samseng jalanan ditangkap polis [VIDEO]

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan dengan lagak ‘samseng jalanan’ yang memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS8/2, di sini Sabtu lalu, ditahan polis kelmarin, berhampiran jalan Sungai Penchala.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek yang bekerja sebagai pemandu van ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 3.20 petang.

“Suspek yang berumur 31 tahun itu ditahan bagi siasatan berkaitan tindakannya menerusi satu video tular pada hari Sabtu.



“Suspek direman tiga hari bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03 – 79662222,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 20 saat di Twitter, memaparkan tindakan seorang lelaki berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.



Suspek turut mengeluarkan sebatang rotan panjang dari kenderaannya dan cuba menghayun objek itu ke arah mangsa.

Susulan itu, satu kenyataan dikeluarkan polis untuk memburu suspek berkenaan setelah selesai merakam keterangan seorang lelaki yang menjadi mangsa buli itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker