Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa – Penganalisis

Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa – Penganalisis

Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden dan timbalan presiden seharusnya dipertandingkan bagi terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti berkenaan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, perkara itu kini menjadi lebih penting ketika ini bagi menampakkan proses perubahan yang cuba dibawa UMNO, selain mewujudkan keabsahan kepimpinan dan perpaduan dalam parti.



“Melalui keputusan selepas Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan parti, di situ kita akan lihat bagaimana bentuk keabasahan yang boleh diberikan terhadap keputusan yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya umum dan selepas keputusan dikeluarkan, sama ada ia diterima ramai atas nama nilai yang perlu diangkat.

“Yang penting ialah rasional perundangan, bagaimana nak gunakan dan nak pastikan pemimpin yang dipilih ada keabsahan serta sokongan penuh. Kita tahu institusi kepresidenan selama ini, bagaimana soal kesetiaan diterjemah melalui sokongan secara kolektif yang kita lihat pada pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam Buletin AWANI, pada Ahad.

Tambahnya, sesiapa sahaja boleh bertanding tetapi mereka haruslah tahu perjuangan asal UMNO iaitu membabitkan perjuangan membawa penyatuan, kesetiaan dan perkhidmatan terhadap rakyat.

“Dalam soal ini apa sahaja percaturan, mereka yang mahu bertanding bukan sahaja mahu memanaskan kerusi itu tetapi bersedia mengggalas tanggungjawab besar untuk memulihkan parti dan membina kepercayaan dalam kalangan beberapa kelompok sasar yang sudah berubah sifat dan tingkah laku mereka,” ujarnya.

Baru-baru ini, media melaporkan sesetengah ahli UMNO mengatakan bahawa sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut.



Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Nazri Aziz dilapor berkata, UMNO dianggap tidak demokratik sekiranya tunduk kepada usaha pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan, pada pemilihan parti akan datang.

Mohamed Nazri juga menyifatkan pihak yang mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti seolah-olah memandang rendah keupayaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu telah membuktikan kehebatan masing-masing dengan memenangi pemilihan lalu tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan.AA

Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa – Penganalisis



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker