Lain Order Lain Yang Sampai, Pesan Komputer Riba Tetapi Dapat Kotak Bijirin

Lain Order Lain Yang Sampai, Pesan Komputer Riba Tetapi Dapat Kotak Bijirin

Seorang wanita terkejut apabila menerima bungkusan mengandungi kotak bijirin, sedangkan dia memesan komputer riba untuk anak perempuannya, lapor Mail Online semalam.

Lizzie Pattison, memesan komputer riba pada Oktober lalu tetapi selepas membuka bungkusan penghantaran, dia mendapati bahawa kotak bijirin yang dihantar ke rumahnya.



Wanita dari Lichfield, Staffordshire, itu kemudian segera menghubungi syarikat peruncitan online, Amazon untuk mendapatkan bayaran balik tetapi ditolak kerana tempoh untuk mengadu tentang barangan jualannya itu telah tamat.

Komputer riba itu adalah hadiah untuk membantu anak perempuannya, Daisy yang akan mengambil peperiksaan penilaian sekolah rendah pada tahun depan.

Berang dengan layanannya, Pattinson memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa: “Kebimbangan utama saya ialah akan ada sebilangan kanak-kanak pada pagi Krismas yang akan membuka apa yang ibu bapa fikirkan sebagai tablet atau komputer riba kerana mereka belum membuka kotak itu.”

Bagaimanapun, Amazon akhirnya menawarkan bayaran balik kepada Pattinson dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun selepas BBC membantu menyiasat kes mereka. – Agensi

Lain Order Lain Yang Sampai, Pesan Komputer Riba Tetapi Dapat Kotak Bijirin



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker