Salt Bae disiasat kerana FIFA kerana dapat ‘akses istimewa’ ketika Perlawanan Akhir World Cup

SALT BAE (kiri) sempat bergambar dengan Lionel Messi bahkan memegang trofi Piala Dunia ketika kemeriahan sambutan Argentina menjulang Piala Dunia di Stadium Lusail, Doha Ahad lepas.

LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan siasatan berhubung cef selebriti, Salt Bae, mendapat kebenaran berada di padang ketika skuad Argentina meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia di Stadium Lusail, Doha di Qatar Ahad lepas.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce, 39, yang berasal dari Turkiye menyiarkan beberapa gambar dirinya bersama trofi Piala Dunia di media sosial selepas perlawanan akhir Ahad lalu.

Cef tersebut memiliki rangkaian restoran stik mewah dan terkenal selepas beberapa siri video internet dirinya tular pada 2017 didapati bergambar dengan Lionel Messi dan beberapa pemain Argentina lain.

Apa yang mengejutkan adalah kehadirannya sejurus selepas penyampaian trofi itu menjadi persoalan satu dunia, sekali gus menjadi subjek siasatan FIFA selepas mendapat kritikan meluas.



Selepas melakukan semakan, FIFA mengambil ketetapan bagaimana seorang individu mendapat akses masuk ke padang selepas majlis penutup di Stadium Lusail pada 18 Disember lalu.

“FIFA sedang melakukan siasatan bagaimana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di Stadium Lusail pada 18 Disember.

“Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan FIFA semalam.

Awal bulan ini, Salt Bae telah menyiarkan gambar-gambar pada Instagram bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino selain bekas bintang dan legenda Brazil, Ronaldo, Cafu dan Roberto Carlos



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker