Wanita temui berlian berharga RM92,000 ketika mendaki
Wanita temui berlian berharga RM92,000 ketika mendaki
LITTLE ROCK, ARKANSAS – Tuah menyebelahi seorang wanita apabila dia menemui sebutir berlian dianggarkan bernilai lebih AS$22,000 (RM91,917) di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat dan dibenarkan menyimpan mineral berharga itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Noreen Wredberg, ketika menemui berlian itu sedang mendaki bersama suaminya, Michael Wredburg di Taman Negeri Crater of Diamonds apabila dia terlihat sebutir objek berwarna kuning berkilau yang berada di atas tanah.
“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.
Wanita itu kemudiannya membawa berlian tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan berlian tulen.
Berlian itu bersaiz kira-kira sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti lemon.
Dalam pada itu, seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata, berdasarkan saiz, berlian yang dijumpai Noreen itu boleh dijual pada harga antara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,563 hingga RM125,344) berdasarkan kepekatan warna kuningnya.
“Semakin pekat dan cantik warna kuningnya, semakin tinggi nilainya.
“Ia adalah satu penemuan yang amat berharga dan Noreen amat bertuah kerana menemuinya,” ujarnya. K Online
Wanita temui berlian berharga RM92,000 ketika mendaki
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU