Perdana Menteri Tiba di Thailand Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

Perdana Menteri Tiba di Thailand Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Thailand untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.

Sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand pada jam 8.15 malam (waktu tempatan) dari Kemboja, Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.

Turut hadir Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Lawatan julung kali Ismail Sabri ke Bangkok sebagai Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.

Lawatan rasmi Ismail Sabri selama tiga hari bermula hari ini adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara-negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Selain itu Ismail Sabri dan rakan sejawatnya Prayuth akan juga membincangkan projek-projek insfrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand serta hubungan dan kerjasama eknonomi antara kedua-dua negara.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ismail Sabri dan delegasi akan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand sepanjang lawatan rasmi ini dan program rasmi akan bermula Jumaat.

Beliau dijadual menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Keluarga Malaysia di Thailand bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia di Thailand.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis jamuan teh bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) bagi perkongsian pengalaman dan perbincangan mengenai isu-isu perniagaan di Thailand.

Selepas itu, beliau akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Rumah Kerajaan dan diikuti mesyuarat terhad antara kedua-dua Perdana Menteri dan diikuti sidang akhbar bersama dan majlis makan malam rasmi yang dihoskan Prayuth di Rumah Kerajaan.

Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN. Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion berbanding RM79.63 bilion bagi 2020.– BERNAMA

Perdana Menteri Tiba di Thailand Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker