Penumpang melambung dalam pesawat

Penumpang melambung dalam pesawat

Honolulu: Seorang penumpang pesawat 35 Hawaiian Airlines menceritakan detik cemas apabila berlaku gelora udara (air turbulence) yang teruk ketika penerbangan itu.

Tiffany Reyes berkata, ketika kejadian, dia mahu kembali ke tempat duduknya selepas ke tandas dan hendak memakai tali pinggang keselamatan.



Dalam sekelip mata, Reyes mendapati dirinya berada di lantai, dengan panel siling berlubang dan papan tanda bilik mandi yang retak.

Katanya, penumpang lain menyaksikan badannya melambung ke siling dan terhempas ke lantai.

“Itulah pengalaman paling menakutkan yang pernah saya lalui sepanjang hidup 40 tahun,” kata.

Reyes kemudian merangkak kembali ke tempat duduknya, manakala anak perempuannya yang memakai tali pinggang keselamatan tidak mengalami kecederaan.



Wanita itu menyangka pesawat itu terhempas dan dia akan meninggal dunia kerana belum pernah berdepan pengalaman sebegitu.

Reyes adalah antara 20 penumpang dan anak kapal yang dibawa ke hospital susulan insiden gelora udara pada Ahad itu. Seramai 11 mangsa mengalami kecederaan serius.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan dari Phoenix ke bandar ini.

Reyes berkata, dia melihat seorang wanita keluar dari pesawat dengan luka di kepala dan darah di muka dan pakaiannya.



Ambulans membawa Reyes ke unit kecemasan di mana dia menerima X-ray, darahnya diambil dan menjalani pelbagai pemeriksaan lain.

Selepas lima jam di sana, dia dan ahli keluarga iaitu anak perempuan, anak lelaki dan suaminya dibenarkan pulang ke rumah

Sakit kepalanya berkurangan pada Ahad, namun bahagian kiri badannya mula sakit.

“Saya tidak boleh bergerak di atas katil. Jadi saya perlu tidur telentang tanpa bergerak pun,” katanya.



Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan sedang menyiasat kejadian berkenaan. HM

Penumpang melambung dalam pesawat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker