Belum pernah Malaysia dapat pengiktirafan dalam masa singkat dari dunia – Anwar

Belum pernah Malaysia dapat pengiktirafan dalam masa singkat dari dunia – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media antarabangsa mencemarkan imej negara.
Sebaliknya, beliau menegaskan perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberikan imej yang baik kepada Malaysia.
Advertisement

“Belum pernah dalam sejarah saya semak sejak Merdeka pada 1957 sampai sekarang, belum pernah dalam masa singkat (Malaysia) mendapat pengiktirafan daripada dunia Arab, Amerika, China, Eropah, India, serta Asia.



“InsyaAllah saya akan memanfaatkan untuk memastikan mereka datang melabur di sini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggariskan tindakan saman yang perlu dimulakan Perdana Menteri terhadap media antarabangsa.

Kegagalan berbuat demikian, kata Ahli Parlimen Larut itu, dikhuatiri akan meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara yang digambarkan sebagai ‘cubaan memalukan negara’.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu menambah beliau terharu dengan sambutan dan sokongan negara-negara luar yang memberikan komitmen dan kerjasama untuk meneroka potensi perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia.

“Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) telah melakukan sesuatu yang jarang sebelum ini.

“Baginda datang bukan hanya soal silaturrahim tetapi memberi ruang supaya Brunei Investment Agency (BIA) yang sekarang ini tidak langsung melabur di sini dan lebih banyak di Eropah, Amerika dan Singapura, memberi perakuan untuk BIA melihat potensi di Malaysia,” ujar Perdana Menteri. Awani

Belum pernah Malaysia dapat pengiktirafan dalam masa singkat dari dunia – Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’



Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker