Demi insurans nyawa: Lelaki bunuh 2 anak dipenjara lebih 200 tahun

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari California dijatuhi hukuman penjara lebih 200 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian dua anak lelakinya dengan menenggelamkan kereta dinaiki mereka kerana insurans nyawa.

Ali Elmezayen, 45, memandu kereta bersama bekas isterinya dan dua anak lelakinya yang juga kanak-kanak autistik ke sebuah dermaga di San Pedro, selatan Los Angeles, pada 9 April 2015.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia lapan dan 13 tahun lemas, manakala bekas isteri tertuduh, Raba Diab, diselamatkan seorang nelayan.



Elmezayen melarikan diri melalui tingkap sebelah pemandu yang terbuka dan berenang ke tangga dermaga.

Cucu bunuh nenek

Berikutan kematian anak-anaknya, Elmezayen, seorang warga Mesir, mengumpulkan lebih AS$260,000 (RM1.06 juta) untuk polisi insurans daripada dua syarikat.



Pihak berkuasa mengatakan Elmezayen memindahkan sebahagian besar wang itu ke Mesir dan kira-kira AS$80,000 (RM328,600) dirampas dari akaunnya di Amerika Syarikat (AS).

Elmezayen dihukum pada Oktober 2019 atas tuduhan penipuan, pencurian identiti dan pengubahan wang haram.

Hakim Daerah AS, John Walter menjatuhkan hukuman penjara 212 tahun dan mengecam tindakan tertuduh sebagai jenayah kejahatan dan keji.

Elmezayen masih berdepan tuduhan pembunuhan dua anak lelakinya dan cubaan membunuh bekas isterinya. – AFP



Tun M jangan ganggu demokrasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker