Enam negeri malam ini dilanda hujan lebat, ribut petir

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Kedah dijangka ribut petir dan hujan lebat bakal melanda Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang manakala di Terengganu, keadaan sama turut akan berlaku di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun sehingga pukul 8 malam nanti.

Sementara itu, bagi negeri Pahang, terdapat beberapa kawasan yang akan dilanda ribut petir bersama hujan lebat sehingga pukul 10 malam ini iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Maran.



Keadaan itu juga dijangka akan berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sabah) dan Limbang, Sarawak.

Turut akan mengalami hujan lebat ialah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, dan Tambunan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Enam negeri malam ini dilanda hujan lebat, ribut petir


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahu bercuti atau pilih balik kampung?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker