Rayer dikurangkan hukuman, boleh masuk dewan esok

Rayer dikurangkan hukuman, boleh masuk dewan esok

RSN Rayer (PH-Jelutong) dibenarkan menghadiri sidang Parlimen esok selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon mengurangkan tempoh penggantungannya daripada dua hari kepada sehari.

Beliau membuat keputusan itu selepas menilai permohonan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya hukuman itu dikurangkan.



“Saya menghormati Dewan ini dan saya juga perlu dihormati oleh Ahli Dewan Rakyat. Saya boleh mengambil budi bicara untuk saya putuskan, jadi satu hari (gantung), esok beliau boleh masuk (ke Dewan Rakyat).

“Tapi kena kurangkan provokasi supaya dapat selesai banyak perkara dengan baik dan sempurna,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu Anwar berkata, beliau tidak mahu mempertikaikan keputusan Rashid menggantung Rayer, tetapi meminta beliau mengurangkan tempoh penggantungan itu.

Sementara itu, Mohd Khairuddin Aman Razali (PN-Kuala Nerus) meminta Rayer memohon maaf terlebih dahulu sebelum dibenarkan kembali ke Dewan Rakyat esok dan beliau perlu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.



“Perbuatan Jelutong ini bukan kali pertama, perlu permohonan maaf untuk jadi pengajaran kita beradab.”

Pagi tadi, Rashid mengarahkan Rayer keluar Dewan kerana menuduh beliau tidak telus dan gagal memberikan penjelasan munasabah atas tindakannya menolak usul wakil pembangkang supaya Azhar Azizan Harun meletak jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

“Ini adalah salah guna kuasa, rakyat tengok. Ini memalukan,” kata Rayer.

Rashid menggantung Ahli Parlimen DAP itu daripada menghadiri sidang Parlimen selama dua hari selepas Rayer enggan menarik balik. FMT



Rayer dikurangkan hukuman, boleh masuk dewan esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker