Suka Terpengaruh ‘Live’ Jualan Barang Kemas…3 Syarat Ini Perlu Diteliti Sebelum Beli….
Suka Terpengaruh ‘Live’ Jualan Barang Kemas…3 Syarat Ini Perlu Diteliti Sebelum Beli….
KITA ada rekaan terbaharu rantai tangan emas, kalung dan cincin tujuh layer.”
Demikian antara kata-kata penjual ketika mempamerkan barang kemas semasa sesi siaran langsung.
Nilai yang ditawarkan pula seperti durian runtuh kerana lebih rendah berbanding harga dijual di kedai.
Kita yang menonton, secara tidak langsung tergoda melihat setiap barang yang ditunjukkan sehingga akhirnya mengeluarkan wang untuk membeli.
Proses transaksi jual beli juga mudah dilakukan kerana segalanya dilakukan secara dalam talian tanpa perlu bersesak-sesak ke kedai, pada masa sama menjimatkan masa dan tenaga.
Namun adakah kaedah jual beli emas ini sah di sisi syariat dan muamalat Islam kerana pembeli sendiri tidak memegang atau menyentuh barang yang dibeli meskipun telah dimaklumkan tentang harga dan berat jualan.
Malahan, pembeli perlu membayar harga penuh sebelum menerima barang yang dihantar melalui kaedah pengeposan.
Promosi dan jual beli barangan kemas secara atas talian sudah menjadi ‘trend’ masa kini.
Memandangkan ramai yang ragu-ragu dengan urusniaga seperti ini, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan.
Menurut beliau, pada asalnya hukum jual beli emas secara online adalah haram.
“Asalnya haram… jual beli emas ini mesti tunai yang bermaksud kita bayar cash dan hari itu juga diserahkan emas.
Jika terdapat keraguan pada tiga syarat yang dinyatakan itu, maka jual beli yang dilakukan adalah tidak sah.
USTAZ AZHAR IDRUS
“Walaubagaimanapun, ulama moden atau mutaakhirin memberi keringanan yang mana terdapat kelonggaran secara hantar duit dan barang yang dibeli,” jelas beliau.
tegas beliau, setiap pembelian yang dilakukan itu perlu berlandaskan tiga syarat.
1. Barang kemas yang diingini bukan dibeli dengan emas tetapi duit
2. Penjual boleh menghantar barang kemas yang dibeli pelanggannya pada bila-bila masa dikehendaki
3. Harga hendaklah seperti yang dipersetujui pembeli dan berat emas yang dinyatakan tidak ada kekurangan walaupun sedikit.
Tambah beliau, jika terdapat keraguan pada tiga syarat yang dinyatakan itu, maka jual beli yang dilakukan adalah tidak sah.
Pembeli berpeluang memilih dan bersoal jawab tentang barang kemas yang diingini mereka sebelum membuat pembelian.
Memetik kenyataan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:
“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
1. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
2. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”
Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini. mSTAR
Suka Terpengaruh ‘Live’ Jualan Barang Kemas…3 Syarat Ini Perlu Diteliti Sebelum Beli….
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’