Hantar anak ke sekolah naik pesawat ‘Microlight’

Hantar anak ke sekolah naik pesawat ‘Microlight’

Unik dan istimewa, apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah pesawat ‘Microlight’, di Pedas, Negeri Sembilan.

Di dalam video yang dimuat naik oleh @kuziking4 di TikTok kelihatan dirinya sedang terbang di udara bersama anak lelaki di sebelahnya, dengan hanya memakai kain pelikat dan topi keledar.



Katanya, pesawat itu boleh terbang sehingga 500 meter di udara dan berharga RM40,000 hingga RM100,000 sebuah.

Dia juga sering berkongsikan aktiviti menerbangkan pesawat ‘microlight’ itu di akaun TikToknya sehingga berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen kagum dengan ‘hobi mahal’ lelaki itu yang jarang-jarang dilakukan oleh rakyat negara ini, selain memuji keberanian anaknya menaiki pesawat tersebut.

“Lama tunggu ‘kereta terbang’, akhirnya ada pun. Jarang terjadi ini ayah hantar anak ke sekolah naik pesawat,” komen seorang netizen.



“Pengalaman tidak ternilai untuk si kecil itu.. semoga menjadi juruterbang suatu hari nanti,” komen netizen yang lain pula.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 938,600 tontonan, 68,000 tanda suka dan 1,843 perkongsian. K Online

Hantar anak ke sekolah naik pesawat ‘Microlight’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah



Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker