Ronaldo pilih Perancis sebagai juara Piala Dunia 2022

DOHA: Pemain legenda Brazil, Ronaldo memilih Perancis sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022 berbanding Argentina yang masih dirasakannya sebagai musuh utama The Selecao.

Ikon bola sepak itu enggan memberi sokongan kepada negara berjiran Amerika Selatan itu sekalipun jika memenangi Piala Dunia buat kali ketiga.

“Saya tidak mahu menjadi hipokrit mengatakan akan gembira untuk Argentina tetapi akan hargai siapa sahaja juaranya.



“Sejak awal kempen Pia­la Dunia, jangkaan pasukan yang akan bermain di perlawanan akhir adalah Perancis dan Brazil tetapi kami sudah tersingkir.

“Perancis semakin menguatkan lagi status mereka sebagai pasukan pilihan dan saya masih melihat Les Bleus sebagai pasukan paling digemari,” katanya.

Piala Dunia kali ini mungkin menjadi siri terakhir buat kap­ten Argentina, Lionel Messi untuk melengkapkan ‘kabinet trofinya’ yang masih tidak lengkap dengan piala berprestij tersebut.

Sementara itu, Ronaldo turut menjangkakan Perancis dapat mengekang Maghribi daripada terus membuat kejutan untuk mendapatkan tiket ke final.



“Kalau boleh saya memang mahu Maghribi menang tetapi pasukan Perancis lebih padu sama ada dari segi pertahanan, serangan mahupun tengah,” kata pemilik dua anugerah Ballon d’Or itu.

Tambahnya, dia kagum de­ngan bintang muda Perancis, Kylian Mbappe yang menunjukkan permainan memberangsangkan selaku peneraju penja­ring kejohanan dengan lima gol.

“Dia tahu macam mana nak guna kemahirannya, bagaimana nak menjadi lebih laju daripada pemain lain dan beliau guna kele­bihannya itu untuk melakukan umpanan atau jaringan. Beliau ada masa, bakat dan sedang dahagakan untuk membolot semua, itu sudah pasti,” jelasnya.

Ronaldo turut mengucapkan tahniah kepada Maghribi menjadi pasukan pertama Afrika mara ke separuh akhir



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker