Guru biadap tak hormat pelajar bersolat kena pecat (Video)

Guru biadap tak hormat pelajar bersolat kena pecat (Video)

Miami: Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang menunaikan solat.

Portal Insider melaporkan, menerusi video dimuat naik di TikTok, insiden berlaku ketika tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah.



Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel, dan berulang kali menghalang mereka solat di pejabatnya.

“Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini?” kata guru itu.

Guru itu kemudian berjalan melalui kumpulan pelajar itu sebelum satu ketika dia dilihat memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud.

Pelajar-pelajar itu tidak mengendahkan guru berkenaan dan terus menunaikan solat.



Video itu sudah meraih lebih 6.5 juta tontonan.

Menurut Local 10 News, insiden itu berlaku di Akademi Franklin, sebuah sekolah di Pembroke Pines, Broward County.

Identiti dan status sebenar guru itu belum dikenal pasti.

Pihak sekolah dalam kenyataan berkata: “Awal hari ini, video TikTok yang sangat membimbangkan dikongsi dengan pasukan kepimpinan kami.



“Rakaman video menunjukkan seorang guru mengganggu pelajar ketika solat.

“Selepas menerima video itu, kepimpinan organisasi dan sekolah mula menyiasat keadaan dengan segera,” kata pihak sekolah dalam satu kenyataan kepada agensi berita.

Dalam kenyataan sama, sekolah menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi

“Walaupun kami tidak membincangkan hal kakitangan, kami boleh berkongsi dengan kamu bahawa guru terbabit bukan lagi ahli kakitangan Akademi Franklin,” katanya. HM



Guru biadap tak hormat pelajar bersolat kena pecat (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker