2 maut ditembak polis di Gurun

2 maut ditembak polis di Gurun

Dua penjenayah termasuk warga emas yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembak, di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun, Kedah malam tadi.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kedua-dua suspek dikesan berada dalam kereta berhampiran loji air, dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti.



Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan terus memecut menyebabkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.

“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak-menembak. Anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

“Pemeriksaan mendapati suspek berusia 61 dan 48 tahun itu yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak,” katanya menurut Astro Awani.

Katanya, siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan.



“Suspek berkenaan juga turut dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 15 kes samun,” katanya.

Menurut Wan Hassan, pemeriksaan lanjut menemukan dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah di dalam kenderaan dinaiki suspek.

Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat. FMT

2 maut ditembak polis di Gurun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker