FIFA penuhi hajat Messi

FIFA penuhi hajat Messi

DOHA: Mateu Lahoz tidak akan mengadili baki perlawanan Piala Dunia kerana pengadil itu ‘sudah pulang dari Qatar’, menurut laporan COPE.

Perlawanan terakhir pengadil dari Sepanyol itu ialah ketika mengadili aksi suku akhir yang sengit antara Argentina menentang Belanda yang menyaksikan dia melayangkan 16 kad kuning.



Prestasi Lahoz pada perlawanan itu dikritik kedua-dua pasukan – dengan pemain Argentina paling lantang mempersoalkan keputusannya.

Kapten Argentina, Lionel Messi, mengetuai kritikan ke atasnya selepas berang dengan beberapa keputusannya sepanjang perlawanan itu.

Messi berkata: ‘Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, kerana mereka akan segera menegur atau menghukum anda, tetapi saya fikir ramai orang melihat apa yang berlaku.

Pemain berusia 35 tahun itu menambah: “FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) perlu mengkajinya semula, ia tidak boleh menugaskan pengadil sebegitu perlawanan sepenting ini, apabila mereka tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.”



Nampaknya, harapan Messi itu dipenuhi FIFA apabila Lahoz tidak akan mengadili aksi separuh akhir atau final.

Penjaga gol Argentina, Emi Martinez turut mengkritik prestasi pengadil itu dengan mendakwa beberapa keputusannya lebih memihak kepada Belanda.

‘Dia memberi 10 minit (tambahan masa) tanpa sebab. Dia memberi sepakan percuma di luar kotak penalti, dua atau tiga kali. Dia hanya mahu mereka menjaringkan gol. Jadi, kami harap dia tidak lagi menjadi pengadil. Dia tak guna.”

Di sebalik kritikan dihalakan kepada pengadil, Argentina akan menyambung kempen Piala Dunia mereka.



Messi dan rakannya akan berdepan finalis 2018, Croatia di separuh akhir Rabu ini bagi memburu tempat ke final. BH

FIFA penuhi hajat Messi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker