‘Tentera bawang’ Malaysia serang Facebook WHO
SHAH ALAM – Kehandalan netizen Malaysia dalam membuat serangan di alam maya sememangnya tidak dapat disangkal.
Terbaharu, ‘tentera bawang’ itu menyerang laman Facebook Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas pentadbir media sosial itu memuat naik status menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menerusi status yang dimuat naik itu, WHO menegaskan semua pihak mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang bebas daripada sebarang keganasan dan diskriminasi.
Kenyataan terbuka pertubuhan itu yang ditugaskan menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia yang menyokong budaya songsang itu, ternyata tidak disenangi ramai termasuklah netizen Malaysia.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ony Nurhusni berkata, dia sebagai pengamal perubatan sangat kecewa dengan tindakan pertubuhan terkenal dunia itu menyokong budaya songsang tersebut.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang menggunakan nama Muhammad Roh berkata, pertubuhan itu dilihat telah ‘rosak’.
“Nampaknya WHO dah rosak. Maknanya segala guideline yang dia bagi, patut dikaji dan dikeji dalam-dalam,” katanya di ruangan komen.
Menurut pemilik akaun bernama Hisyamuddin Kamarudin, setiap individu tidak akan lahir ke dunia sekiranya tiada perkahwinan antara ibu dan ayah.
“Nasib baiklah ayah kamu mengahwini ibu kamu. Jika ada antara mereka adalah kumpulan LGBT, kamu tidak akan wujud untuk pertahankan ‘hak’,” katanya.
Sokongan yang diberikan WHO terhadap golongan LGBT itu bukan sahaja tidak diterima oleh netizen Malaysia, malah ruangan komen turut dipenuhi dengan kemarahan netizen pelbagai negara.
Setakat jam 11.30 malam pada Sabtu, status yang dimuat naik sejak Jumaat itu telah mendapat lebih 10,000 komen dan dikongsi oleh lebih 3,000 orang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.