Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah komet yang diramal mampu memberi ancaman lebih dahsyat kepada Bumi berbanding objek-objek angkasa lepas yang lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut saintis, kebarangkalian bagi komet digelar Bennu itu untuk menghentam Bumi telah meningkat daripada 2,700 kepada sekali ganda menjadi 1,750 kepada satu kali bagi tempoh 200 tahun akan datang.



Ia merupakan satu daripada komet paling berbahaya yang dikesan dalam sistem solar serta dipantau rapat oleh kapal angkasa NASA, Osiris-Rex.

Sementara itu, selain Bennu, terdapat berjuta-juta asteroid yang turut borpotensi menghentam Bumi, namun, kebanyakannya bersaiz kecil dan tidak dapat menembusi atmosfera planet ini.

Menurut majalah Science Focus, kebarangkalian untuk menemui asteroid bersaiz besar sehingga mampu menjadi penyebab kepada kepupusan dinosaur adalah satu dalam 100 juta tahun.

Dalam pada itu, pakar berkata, beribu-ribu meteorit diramal menghentam Bumi setiap tahun, namun kebanyakannya terhempas di lautan atau kawasan darat yang tidak berpenghuni. K Online



Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat – NASA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker