Lepas pegang kemaluan anak terus memasak

Lepas pegang kemaluan anak terus memasak

Umum tahu, penyediaan makanan haruslah disediakan dalam keadaan yang bersih serta tidak tercemar dengan sebarang kotoran. Malah, perkara ini seharusnya dipandang serius buat mereka yang bertugas sebagai tukang masak.

Terbaharu, tular sebuah video menerusi Twitter @Malaysiavirall yang memperlihatkan tindakan seorang tukang masak yang tidak memakai sarung tangan dengan selamba membersihkan dan memegang kemaluan anak dan meneruskan aktiviti memasak.



Nii baru Betul Pelaris. dah pegang konek sambung masak defakkk 😖 pic.twitter.com/nIMgQ1o82d
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) December 16, 2022

Lebih mengejutkan orang ramai, anak kecil tersebut dilihat tidak kencing di tandas sebaliknya sekadar kencing di bawah tempat penyediaan makanan.

Tindakan jijik dan kotor ini nampaknya telah mengundang pelbagai kecaman daripada para netizen yang ‘loya tekak’ dengan apa yang diperlihatkan. Malah, terdapat para netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menjadi ‘pelaris’ buat kedai tersebut.

Persoalan aku si mak tu tak jijik ke siot masak kat tmpt bau hancing??? Aku takde kat situ pun dah jijik https://t.co/Jav60fzY8X
— fatini (@fatinihdyh) December 16, 2022



Kat bandar kota tinggi 🤣🤣 https://t.co/kdXm4GFyCk
— Alan Jaeger (@IamAzlxn) December 16, 2022

Pengotornya 🤢🤮 https://t.co/ecdfKWKUMi
— RaRa 🍁 (@frhsn91) December 16, 2022

Menurut para netizen, kedai ini terletak di Kota Tinggi, Johor. Malah, pemakaian baju parti politik negara seolah mengesahkan situasi ini berlaku dalam Malaysia dan bukannya negara seberang.

Sehubungan dengan itu, netizen berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut yang sudah terbukti mengabaikan kebersihan makanan sebelum dihidangkan kepada para pelanggan. Vc



Lepas pegang kemaluan anak terus memasak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker